Mengenai Saya


Ust Zul hilmei Mohamad Rohani


CEO Gel Mandian Bidara Specialist


Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
Senggarang, Batu Pahat, Johor


Nama saya Zul hilmei Bin Mohamad Rohani. Lahir di Hospital Kluang Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Rejo Sari, Batu Pahat. Di peringkat menengah di Madrasah Bugisiah Li al-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Tampok, Benut(1990),kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad Johor (1994) dan Madrasah Tarbiyyah Mardziah, Panchor, Kemumin, Kelantan (1995).


Semasa di Kelantan, sempat berguru dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan setiap minggu di Kuliah Jumaat Tafsir al-Quran di Dewan Zulkifli Mohammad, Jalan Dato Pati, Kota Bahru Kelantan dan di Masjid Pulau Melaka, setiap hari Selasa dan Rabu, pengajian Kitab Fiqh alSirah al-Bouthi dan Mau'izatul Mukminin (Bimbingan Mukmin) selama setahun sebelum menyambung pengajian ke Universiti AlAzhar, Mesir pada tahun 1997 dalam Fakulti Usuluddin, Jabatan Hadith dan Ilmu Hadith sehingga tahun 2002.


Buku terbaru karangan beliau bertajuk:





Fakta Saintifik Surah Yasin



boleh layari website berikut -->> http://surahyasin.my/