Panduan Khas Hari Raya Aidil Adha
Tarikh 1-10 Zulhijjah & Hari Raya Aidil Adha Dedah Rahsia Atasi Sihir, Saka & Santau Dalam Masa 10 Hari!*
(1 Zulhijjah - 10 Zulhijjah / Maghrib 22 Ogos, Selasa - 1 September 2017, Jumaat )
*Kelebihan hari yang terdapat pada 1-10 Zulhijjah adalah waktu yang terbaik untuk rawatan sihir, saka dan santau sama seperti waktu 10 terakhir Ramadhan yang pernah saya sarankan kepada seluruh pesakit saya. Hasilnya alhamdulillah ramai yang beri feedback positif dan sembuh. Selepas lakukan mandian pada hari-hari dan waktu-waktu tersebut, pesakit hanya perlu lakukan amalan zikir harian sepanjang hayat, selain menggunakan produk saya hanya ketika perlu sahaja.!
Video menjelaskan kelebihan hari 1-10 Zulhijjah
Beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah SWT:
[ وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر]
[سورة الفجر: 1-2]
Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} [Al-Fajr: 1-2]
Kata Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].
2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
(مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ).
[رواه اأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi].
3. Firman Allah SWT:
{وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ} [سورة الحج: 28]
Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} [Surah Al-Haj: 28].
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.
Tarikh yang perlu diberi perhatian!
Waktu umat Islam Wuquf di Arafah, Mekah
9 Zulhijjah 1438
Bermula Maghrib 30 Ogos 2017
Rabu
Waktu paling mustajab doa. Pastikan waktu ini anda tidak sibuk dengan kerja-kerja harian
Panduan Khas Kaedah Atasi Sihir, Saka dan Santau Menjelang Hari Raya Aidil Adha
- 1
Pastikan rumah anda bersih daripada sesuatu yang berbau busuk seperti sampah mahupun pakaian yang belum dibasuh. Bau busuk menyebabkan makhluk halus suka di rumah anda
- 2
Susun perkakas rumah, perabot dalam keadaan yang teratur. Sekurang-kurangnya tidak bersepah
- 3
Asapkan rumah anda dengan wangian Habuk Kayu Premium setiap hari, bermula sebelum maghrib 22 Ogos 2017 (Selasa) sepanjang 1-10 Zulhijjah 1438 (23 Ogos-1 September 2017)
- 4
Amalkan mandian dengan Gel Bidara (hijau) atau Gel Bidara Feminine (Merah) atau yang paling baik Raja Gel Bidara (Jernih) sehari 2 kali iaitu pada waktu senja sebelum maghrib dan waktu subuh sebelum terbit matahari
- 5
Selepas sabunkan tubuh dengan gel bidara, anda dikehendaki tunggu 3-5 minit, barulah bilas dengan air bersih
- 6
Selepas bilas menggunakan air bersih, anda dikehendaki mengisi air dalam baldi sederhana besar, dan titiskan 7 kali titisan pati 7 Telaga Wangian Raudhah ke dalam baldi tersebut. Ini bertujuan untuk memperbaiki aura diri anda yang sudah rosak dengan wangian 7 Telaga Raudhah sejajar dengan kebaikan aura positif di awal Zulhijjah
- 7
Kemudian tambah air batu dalam baldi tersebut dan kacau mengikut arah lawan jam
- 8
Semasa kacau, baca al-Fatihah 1X, Surah al-Ikhlas 3 X, Surah An-Falaq 1 X , Surah An-Nas 1X dan selawat 21 X
- 9
Siramkan air yang sudah bercampur dengan ais & 7 Telaga Wangian Raudhah ke tubuh, bermula kepala tanpa menggunakan gayung dengan sekali siraman.Pastikan siraman tersebut rata ke seluruh tubuh.
- 10
Selepas itu biarkan ia kering sendiri dan jangan dilap
- 11
Panduan ini bermula 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah (Maghrib 22 Ogos, Selasa hingga 1 September 2017, Jumaat )
- 12
Mandian 7 Telaga Wangian Raudhah hendaklah dilakukan sebanyak 10 hari berturut-turut setiap hari. Jika mandian pertama bermula pada waktu senja sebelum maghrib, maka hari-hari yang berikutnya mestilah dilakukan pada waktu senja sebelum maghrib juga. Sehari hanya sekali sahaja
- 13
Bermula 1 Zulhijjah - 10 Zulhijjah (Maghrib 22 Ogos, Selasa hingga 1 September 2017, Jumaat) bagi yang menjalankan Ibadah Korban, anda tidak dibenarkan (mahkruh) memotong kuku dan rambut atau mencabut bulu sehingga disempurnakan ibadah korban. Selepas habis ibadah korban, barulah anda dibenarkan untuk memotong kuku, rambut atau mencabut bulu. Sila rujuk video di atas.
- 14
Anda disunatkan untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah (31 Ogos 2017, Hari Khamis). Pastikan anda jangan tertinggal lakuan mandian pada petang Rabu 30 Ogos sebelum masuk waktu maghrib..Mohon pada Allah agar diberikan kesembuhan daripada sihir, saka dan santau!
Panduan Non-Muslim
- 1
Lakukan panduan mandian di atas mengikut tarikh yang telah saya tetapkan iaitu 23 Ogos - 1 September 2017 tanpa perlu membaca sebarang bacaan. Hanya guna dan pakai.
- 2
Anda dilarang mengambil minuman keras dalam tempoh ini (23 Ogos - 1 September 2017)
PAKEJ KHAS RAYA HAJI
1-10 Zulhijjah (Maghrib 22 Ogos, Selasa - 1 September 2017, Jumaat )
" 7 Telaga Wangian Raudhah adalah bahan mandian berupa wangian yang paling penting bagi memenuhi keperluan rawatan pada 1-10 Zulhijjah "
Hakikat penyembuhan adalah dari Allah. Mohon perlindungan dan penyembuhan melalui doa disamping berusaha merawat dengan mengenalpasti waktu-waktu yang mujarab dan mustajab, akan menambahkan lagi perisa kesihatan dan keceriaan, Insha Allah. Saya doakan anda berjaya!
PAKEJ BAJET
Set Bajet 1 (Tahap Sederhana)
Cara penggunaan sama seperti Panduan Khas Hari Raya Aidil Adha di atas
Set Bajet 2 (Biasa)
Cara penggunaan sama seperti Panduan Khas Hari Raya Aidil Adha di atas
7 Telaga Wangian Raudhah
Cara penggunaan sama seperti Panduan Khas Hari Raya Aidil Adha di atas
Produk Baru!
Habuk Kayu Samurai Burn & Smoke
Cara penggunaan sama seperti Panduan Khas Hari Raya Aidil Adha di atas
Pakej Gel Bidara yang lain
© gelmandianbidara.com™ 2016
Laluan paling mudah untuk menyelesaikan gangguan makhluk halus