Mengenai Saya
Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
CEO Gel Mandian Bidara Specialist
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
Senggarang, Batu Pahat, Johor
Nama saya Zul hilmei Bin Mohamad Rohani. Lahir di Hospital Kluang Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Rejo Sari, Batu Pahat. Di peringkat menengah di Madrasah Bugisiah Li al-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Tampok, Benut(1990),kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad Johor (1994) dan Madrasah Tarbiyyah Mardziah, Panchor, Kemumin, Kelantan (1995).
Semasa di Kelantan, sempat berguru dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan setiap minggu di Kuliah Jumaat Tafsir al-Quran di Dewan Zulkifli Mohammad, Jalan Dato Pati, Kota Bahru Kelantan dan di Masjid Pulau Melaka, setiap hari Selasa dan Rabu, pengajian Kitab Fiqh alSirah al-Bouthi dan Mau'izatul Mukminin (Bimbingan Mukmin) selama setahun sebelum menyambung pengajian ke Universiti AlAzhar, Mesir pada tahun 1997 dalam Fakulti Usuluddin, Jabatan Hadith dan Ilmu Hadith sehingga tahun 2002.
Buku terbaru karangan beliau bertajuk:Fakta Saintifik Surah Yasin
© gelmandianbidara.com™
Laluan paling mudah untuk mengatasi gangguan makhluk halus
Penafian: Segala testimonial yang ada di dalam website ini adalah kisah benar dan perbualan yang direkodkan melalui aplikasi Whatsapp. Namun demikian ia berbeza antara satu pesakit dengan pesakit yang lain. Ia tidak menjanjikan keputusan yang sama. Barangkali memiliki persamaan jalan cerita sebagai panduan jalani rawatan. Polisi Rawatan: Mahu mengembalikan pesakit kepada Allah, memperbetulkan akidah dan syariat bagi memastikan rawatan yang dilakukan benar-benar membawa pesakit kepada tuhannya dengan hati yang sejahtera. Pesakit mestilah menjaga adab-adab yang telah diajarkan. Prosedur Rawatan : Seorang pesakit hanya perlu uruskan dirinya terlebih dahulu sebelum membelikan apa-apa produk kepada orang lain. Jika anda hendak belikan produk kepada seseorang pesakit, maka pesakit tersebut mestilah menghubungi saya sendiri, bila berlaku apa-apa masalah dan bukan melalui perantaraan.