7 Telaga Wangian Raudhah AS-SYIFAK
Mandi bunga adalah istilah orang terdahulu yang menggunakan bunga sebagai kaedah bagi membuang sial (istilah ini saya ambil dari bahasa mulut yang dipindah dari generasi ke satu generasi) atau membuang sesuatu yang negatif pada diri. Namun terdapat perdebatan yang hangat di kalangan para ustaz yang mengatakan bahawa mandi bunga hukumnya haram dan boleh jatuh kepada syirik disebabkan kepercayaan seseorang yang anggap bahawa mandi bunga boleh merubah rezeki atau tuah seseorang.
KAEDAH ELAK SYIRIK
Sebenarnya bukan kaedah mandi bunga sahaja boleh jadi syirik, bahkan membuat rawatan yang lain pun jika percaya bahawa yang menyembuhkan ialah perawat atau doktor, ia boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Namun di sana terdapat kaedah agar ia tidak melanggar akidah iaitu dengan melakukan ikhtiar melalui kaedah dan sifir yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri seperti nak masinkan makanan mesti gunakan garam. Jika nak maniskan pula gunakan gula. Tidak mungkin sesuatu makan boleh jadi manis atau masin tanpa sebarang sebab. Maka kita guna kaedah dan sifir ini sebagai cara jalani kehidupan seharian.
Kaedah yang sama juga kita gunakan bila lakukan mandian dengan 7 Telaga Wangian Raudhah. Ia adalah minyak wangi yang dirumus khas daripada jenis-jenis wangian yang terdapat pada bunga-bunga yang telah dikenal pasti sebagai bunga yang mengeluarkan wangian yang dibenci oleh makhluk halus, jin dan iblis.
Jin dan iblis tidak suka kepada wangian sebab bagi mereka wangian sesuatu yang busuk dan meracik tubuh-tubuh mereka. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia, semuanya untuk kebaikan manusia di dunia. Maka kita guna kaedah dan sifir semulajadi ini sebagai ikhtiar agar penyakit yang diganggu oleh iblis dapat di atasi dengan berkesan, selain amalan syifak yang kita buat.
SIFAT BUNGA ITU MENARIK BUKAN MENOLAK
Bunga sering dikaitkan dengan kecantikan wanita dan serinya. Bunga bukan sekuntum! itulah kata-kata yang mengaitkan bunga dengan wanita. Jika seorang wanita memakai bunga di telinga maka akan bertambah serinya. Seri yang ada pada bunga menyebabkan seseorang datang kepada bunga dan menciumnya. Ia telah menarik perhatian seseorang agar dilihat, dicium dan dipetik.
Sifir dn kaedah inilah yang digunakan bila seseorang menghadapi masalah rezeki, masalah jodoh, masalah dibenci orang. Setiap kali usaha dan urusan yang dilakukan ada sahaja halangan. Maka seseorang itu boleh meminjam aura semujadi yang ada pada bunga. Semakin kerap seseorang itu mandi bunga, semakin ceria, seri dan aura positif.
Semua aura positif bunga itu saya telah rumuskan dalam 7 Telaga Wangian Raudhah ini.
Adakah anda mengalami masalah berikut?
- Halangan Sukar Mendapat Jodoh (Iblis kerap lakukan gangguan terhadap pasangan yang akan mendirikan rumahtangga, yang sudah berkahwin atau yang belum berkahwin)
- Masalah rezeki (Iblis kerap ganggu usaha mencara rezeki hingga menyebabkan manusia rasa resah)
- Hadapi Masalah seri wajah (Iblis ganggu aura wajah agar dilihat suram, kusam dan rasa benci)
- Masalah orang rasa benci pada diri kita tanpa sebab yang munasabah.
KETERANGAN PRODUK
- Ia digunakan untuk mandi. Fungsinya menjadi pelengkap kepada gel mandian bidara. Membuang segala kebencian, pemisahan, kemarahan, penghalang rezeki yang berpunca daripada sihir dan gangguan makhluk halus.
- Ia juga boleh digunakan dengan menghidu aroma 7 Telaga Wangian Raudhah setiap hari 3 kali iaitu pada waktu 12.00 tengahari, senja sebelum maghrib dan 12 tengah malam.
Cara Mandi Bunga 7 Telaga Wangian Raudhah:
- 7 Telaga Wangian Raudhah dititis pada baldi sederhana besar, dicampur dengan ais (air batu) setiap hari, selepas mandi dan bilas menggunakan gel mandian bidara.
- Bila telah siram dengan mandian 7 Telaga Wangian Raudhah + air batu, jangan dilap dan biarkan ia kering sendiri.
- Cara siraman ialah dengan mula daripada kepala. Pastikan air yang telah sampai di kepala, mestilah sampai ke seluruh tubuh dengan sekali siraman dan tidak digalakkan menggunakan gayung.
- Sehari hanya mandi sekali sahaja, sama ada pagi atau petang. Jika hari pertama mula pada waktu petang, maka pada hari-hari berikutnya juga pada waktu petang. Jika bermula pada waktu pagi, maka hari-hari yang berikutnya juga mesti bermula pada waktu pagi.
- Jika anda terkena sihir pemisah atau pembenci atau apa sahaja yang menyebabkan setiap manusia bermasalah dengan kita, maka 7 Telaga Wangian Raudhah ini akan memperbaiki masalah tersebut disebabkan wangiannya yang menyebabkan jin tidak suka.
- Cara mandian di atas merupakan panduan asas, namun jika berlaku sebarang kesan sampingan, saya akan ubah cara mandian. Sila rujuk kepada saya semula jika berlaku sebarang kesan sampingan. Oleh itu saya memberikan masa tertentu untuk anda guna, bagi memudahkan saya untuk membuat semakan dan pembetulan.
Cara Hidu Aroma Wangian 7 Telaga Wangian Raudhah
Assalam Ustaz. Nak bg tau feedback. Hari pertama Mandi telaga raudhah, lepas Mandi rasa segar,tapi mlm tu saya demam balik, sendawa dgn byk sampai rasa letih. Kemudian saya Mandi Raja Gel, ok sikit. Benda tu masih ada ustaz ,saya bole dengar. Hari ke2 Mandi telaga raudhah, rasa segar takde demam, ok cuma benda tu ada lagi dlm bdn saya.Saya nak bg tau sebelum ni selalu rasa nak marah, kuat cemburu, tu yg selalu bergaduh suami isteri. Tapi sekrg kurang dah amarah tu, cemburu pun tak sgt. Ok ustaz, saya akn cuba kawal emosi.
Hari ni genap la 100 hari kami 1 family pkai produk2 ustaz… gel bidara yg wana merah…raja gel…habuk kayu premium… samurai..7 telaga wangian raudhah…minyak angin premium…dan bidara drop…Setiap produl ustaz…ada peranan masing2…Gel merah dan raja gel mmg wangi dan mmbantu segala apa yg tak sedap d bdn…luar mhupon dlm…bnyk sgt manfaat yg kmi 1 fmily dpt bila pkai produk ni… kepala x runsing…mrh2 pon dh ilang…fikiran dan hti smakin tenang…Habuk kyu dan samurai bjalan serentak bila aktiviti perasap 1 umah…wangiannya Allahuakbar…tersangat sangat sangat sangat la wangi…terasa sgt tenang bila lps buat semua tu…asapkan umah bilik badan sndiri…pastu sbur plk samurai…mcm segar rumah tu…bdn fikiran pon tenang…x stress dan klm kbut mcm dulu… Minyak angin bidara pon best bila pkai waktu2 sakit…insyaAllah izin Allah akan ilang slps pkai tu… Bidara drop n drink pon tak kurang hebatnya…bila minum abeh terasa angin2 keluar…terasa ringan ja badan…Yg paling sempoi… 7 telaga wangian raudhah… paling best bila mandi bulan ramadhan baru2 ni…terasa segar tu tuan badan ja yg tau dan dapat rasakan… mmg best ustaz…Saya bterima kasih kpd ustaz dan team ustaz…dgn berkat dan keikhlasan dlm phasilan produk2 ni…kami 1 kluarga makin sht…makin tenang…makin bsemangat utk hidup dan mlakukan amal ibadah pada Yang Maha Esa… dgn izin Allah kami 1 family dah 95% tu kami mmg dah sht ustaz… 5 % mungkin ptg ni lps perasap last 100 hari ilang terus agaknya… insyaAllah…